Monday, October 3, 2011

DOA PALING MUSTAJAB

Saat-saat Doa Paling Mustajab Hadith :

Dari Ibnu Abbas r.a katanya:Rasulullah s.a.w membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T. (Muslim)

Huraian

Sujud ialah menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Allah memerintah para malaikat bersujud kepada nabi Adam a.s sebagai satu penghormatan yang tinggi. Sujud hanyalah untuk Allah S.W.T. Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan dan mengajar kita bahawa sujud yang paling tinggi adalah sujud pada Allah.

Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud. Itulah sebabnya umat Islam berbeza daripada umat lain. Mereka meletakkan dahinya atau kepalanya yang paling mulia ke tanah. Hal ini membuang sifat angkuh dengan berserah kepada Tuhan-Nya yang paling Agung.

WAKTU MUSTAJAB UNTUK KITA BERDOA DAN MEMINTA KPD ALLAH SWT

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:

1) Semasa Lailatul-Qadar.
2) Ketika hujan turun.
3) Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
4) Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5) Di tengah malam.
6) Di antara azan dan iqamah.
7) Ketika sujud dalam solat.
8) Ketika iktidal akhir dalam solat.
9) Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
10) Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
11) Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
12) Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

Terima Kasih

S/u Surau AR-Rahman

No comments:

Post a Comment