Wednesday, February 23, 2011

BACAAN DALAM SOLAT

MEMAHAMI DAN MENGHAFAL MAKNA BACAAN DALAM SOLAT MENGHALANG FIKRAN ANDA MELAYANG JAUH

Allahu Akbar

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup keNerakamu... .kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Tuesday, February 22, 2011

Satu Perkembangan yang Pantas dan Tepat


Pada mulanya apabila datang PWTC untuk menghadiri satu konference yang melibatkan hari Jumaat, kami tercari-cari di manakah mesjid terdekat untuk sembahyang Jumaat. Bila berada di PWTC, ternampak maklumat menjemput orang ramai untuk sembahyang Jumaat di Surau Ar Rahman yang terletak di Tingkat 3. Lega rasanya. Tak payahlah lagi pergi jauh-jauh untuk solat Jumaat. Jadi Jumaat hari ini saya dan rakan-rakan sembahyang di situlah. Selepas sembahyang disediakan pula makan tengahari. Bestnya. Tapi tak tahulah samada setiap minggu atau pada peringkat permulaan ini. Memandangkan saya sudah pun makan selepas menghadiri sesi pagi Konferens, maka saya tidak ambil makan tengahari yang disediakan itu. Semoga Allah murahkan rezeki mereka yang melaksanakan usaha baik ini. Tahniah kepada pengurusan PWTC atas usaha untuk menyediakan kemudahan ini. Semoga Allah memberikan ganjaran sewajarnya kepada anda semua yang terlibat di dunia dan akhirat.

Motivasi untuk Peminat blog


Saturday, February 19, 2011

Rahsia Khusuk dalam solat

Ramai orang Islam yang mengerjakan solat tetapi berapa ramai yang dapat merasai khusyuk di dalam solatnya ? Khusyuk merupakan perkara maknawi yang tidak dapat dilihat namun mampu dirasa oleh sebahagian orang. Sebuah kitab fiqh yang menyentuh secara khusus tentang bab solat ini ialah Muniyatul Musalli yang mana solat digambarkan sebagai persembahan hadiah kepada Khaliq. Solat yangtidak khusyuk ibarat persembahan hadiah yang tidak bernilai dan tidak memberi sebarang makna.
Perumpamaan yang dinukilkan oleh pengarang kitab ini ialah solat itu diibaratkan seperti batang tubuh manusia. Kemuncak bagi matinya fungsi batang tubuh ialah apabila tiada lagi roh atau nyawa yang mendiami batang tubuh tersebut. Justeru, solat yang tidak khusyuk telah dimenefestasikan oleh pengarang kitab sebagai batang tubuh yang tidak bernyawa, kaku dan mati.
Secara ironisnya, perkara paling asas yang harus difahami oleh setiap orang Islam ialah kebersihan hati menjadi faktor yang membawa kepada kekhusyukan solat. Oleh yang demikian, dalam usaha untuk mencapai kekhusyukan dalam solat, penekanan perlu diberikan kepada ibadah hati tanpa mengabaikan rukun-rukun yang berkaitan dengan anggota badan.
Menurut Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin ada menyebut bahawa enam unsur ibadah hati yang perlu diberi perhatian ialah kehadiran hati, pemahaman, pengagungan, merasai kehebatan, harap dan malu. Kehadiran hati bermaksud, hati tidak menerawang memikirkan perkara yang lain daripada solat. Pemahaman bermaksud, memahami segala perkataan yang dilafazkan di dalam solat.
Pengagungan dan merasai kehebatan bermaksud, berasa takut terhadap Allah hasil daripada kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran ilahi. Harap pula bermaksud, mengharapkan pahala daripada Allah kerana Dialah sahaja tempat pergantungan bagi manusia. Malu bermaksud, berasa malu dengan ibadah yang telah dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan padanya.
Beberapa pengaruh luaran turut perlu dikawal dan dijaga dalam memastikan seseorang mampu mencapai tahap khusyuk di dalam solatnya. Antaranya, jika seseorang berasa lapar hendaklah beliau menjamah makanan terlebih dahulu sebagaimana sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Imama Bukhari dan Muslim yang bermaksud : Apabila datang makanan malam dan iqamat untuk solat telah dilaungkan, mulailah dengan mengambil makanan terlebih dahulu”.
Dalam kitab Ihya Ulumuddin pada bab Rahsia Solat Dan Kepentingannya, Imam al-Ghazali berkata : “pengaruh luar merupakan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada pendengaran dan penglihatan dan sekaligus menganggu kekhusyukan seseorang. Oleh iu, menjauhkan diri dari kesemua perkara tersebut merupakan satu-satunya jalan yang boleh dilakukan. Sebagai contoh, tidak melaksanakan solat di tempat yang dipenuhi ukiran kesenian atau di atas sejadah yang mempunyai celupan warna yang menarik serta gambar-gambar.
Ketika hendak bertakbiratul ihram hendaklah dikeluarkan dari hatinya segala perkara yang boleh menganggu jiwanya, dan dimasukkan ke dalam hati itu ingatan
kepada akhirat dan dibayangkan keadaan huru-hara ketika berdepan dengan Allah pada satu hari nanti.
Walaubagaimanapun, hawa nafsu memang susah hendak dikawal. Manusia akan terus bermain tarik tali dengan hawa nafsunya. Manusia yang memang mencintai dunia dan condong kepadanya tidak boleh mengharapkan kelazatan brmunajat di dalam solat.
Justeru, mujahadah hendaklah dilakukan dan ini merupakan satu ubat yang pahit. Cita-cita duniawi dan cita-cita ukhrawi yang terdapat di dalam hati boleh diumpamakan seperti satu gelas yang dipenuhi air dan cuka. Seberapa banyak air yang dimasukkan ke dalam gelas itu akan mengeluarkan jumlah yang sama daripada cuka. Kedua-duanya tidak boleh berkumpul menjadi satu.
Wallahua’lam...

Friday, February 18, 2011

Skuriti Bank macam kurang berkesan.. pendapat anda?

KUALA LUMPUR: Kes kerugian sebuah bank tempatan yang didakwa memberi pinjaman berjumlah RM19 juta kepada dua syarikat bagi tujuan membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini dalam sisatan polis.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata pihak bank telah membuat laporan polis selepas mendapati kedua-dua syarikat berkenaan sebenarnya tidak wujud.
“Kita sedang jalankan siasatan berhubung kerugian bank itu setelah pihak bank menyerahkan wang pinjaman berjumlah RM19 juta kepada dua syarikat yang kononnya pinjaman terbabit dibuat bagi membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N.
“Siasatan itu telah dimulakan sejak polis menerima laporan berhubung kes itu minggu lepas dan ia disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011M peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini berhubung kes dua syarikat yang mengemukakan permohonan kepada sebuah bank bagi membuat pinjaman korporat untuk membolehkan mereka membeli alat-alat ganti pesawat MiG-29N.
Kedua-dua syarikat itu didakwa mengemukakan maklumat serta dokumen lengkap yang meyakinkan pihak bank untuk meluluskan pinjaman berkenaan.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak bank mendapati syarikat itu tidak wujud dan pihak bank turut gagal mengesan individu yang membuat pinjaman berkenaan. – BERNAMA

Tuesday, February 15, 2011

maulidul rasul 2011


Selamat menyambut hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada 12 RabiulAwwal 1432